Friday 13 May 2011

Rumahku, Syurgaku

Ina Sultan mempunyai banyak pengalaman sebagai ejen hartanah dan telah berkecimpung dalam bidang ini selama lebih dari lapan tahun. Beliau sentiasa bersedia membantu pelanggan-pelanggan beliau dengan keutuhan dan kepakaran. Sebelum ini, beliau juga berpengalaman didalam bidang perkhidmatan pelanggan dan ini juga membolehkannya menolong pelanggan-pelanggan dengan cekap. Dibawah ini, beliau berkongsi salah satu pengalaman beliau sebagai seorang ejen.

“Suatu ketika dahulu, saya telah ditugaskan untuk memasarkan sebuah rumah pangsa empat bilik yang akan dirampas oleh HDB. Pemilik rumah itu tidak mampu membayar sewa bulanan kerana dibuang kerja. Walaupun beliau berjaya mendapat pekerjaan lain, hutang telah pun bertimbun. Setelah melakukan perhitungan, saya dapati bahawa pemilik rumah ini tidak akan mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli sebuah rumah setelah penjualan rumah ini. Tambahan pula, beliau juga tidak dibenarkan menyewa dari HDB kerana mereka mempunyai peraturan dimana penjual rumah hanya dibenarkan menyewa sebuah flet selepas tempoh tiga puluh bulan setelah berjaya menjual rumah mereka.

Saya membuat rayuan ke pihak HDB supaya beliau dibenarkan membeli rumah terus dari HDB yang berharga rendah. Saya juga membuat rayuan ke ‘MP’ tetapi rayuan-rayuan saya tidak mendatangkan hasil. Oleh kerana pemilik rumah itu akan mendapat untung setelah berjaya menjual rumahnya, HDB menyatakan bahawa beliau harus membeli rumah dari pasaran luar. 

Semasa saya kerumah beliau buat kali pertama, saya dapati bahawa ini bukan suasana yang biasa kita lihat. Saya dapati lebih dari sepuluh orang yang menduduki rumah pangsa empat bilik itu. Pemilik rumah berkongsi bilik bersama isteri dan lima orang anak. Ibubapa beliau juga tinggal bersama. Bilik ketiga dikongsi oleh ibu mertua beliau bersama dua orang anak lelakinya dan juga seorang cucu. Adik pemilik rumah itu juga tinggal bersama dan beliau, isteri dan anak beliau berkongsi sebuah bilik ‘sementara’ di ruang tamu. Menurut pemilik rumah, keluarga beliau meminta untuk duduk bersama setelah mereka kehilangan rumah masing-masing atau tidak dapat membeli rumah lain. Walaubagaimanapun, saya sangat bangga kerana mereka kelihatan gembira walaupun ditimpa kesusahan. Setelah rayuan-rayuannya ditolak, pemilik rumah mengambil keputusan untuk menjual rumahnya. 

Setelah rumah itu dijual, saya menghantarkan rayuan lagi. Akhirnya, pihak HDB meminta pemilik rumah memberi dokumentasi sebagai bukti bahawa keuntungan dari penjualan rumah beliau tidak mencukupi untuk membeli rumah lain di pasaran. Setelah banyak ikhtiar, kini, beliau dan keluarga berjaya memilik rumah sendiri.’

Ina Sultan telah memberi perkhidmatan kepada ramai pelanggan. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani isu faraid, penceraian, kematian pemilik, penduduk tetap dan lain-lain lagi. Beliau memberi perkhidmatan secara jujur dan berdedikasi dan sentiasa memberi keutamaan kepada pelanggan pelanggannya. Beliau juga sering memberi banyak cadangan dan penyelesaian yang membantu untuk mendapatkan penjualan atau pembelian yang berhasil.

No comments:

Post a Comment